pada 31/05/2008 pihak Iwani telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel jemputan anjuran NR World Resources bertempat di Tropicana Golf & Resort. Dalam sesi Program tersebut seperti kebiasaan pihak Iwani telah membentangkan peluang perniagaan yang terdapat di Iwani dan kursus-kursus anjuran pihak Iwani.
29 MEI 2008 - Kami telah menerima kunjungan daripada Maktab Kerjasama Malaysia. Dalam lawatan selama sehari ini pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya taklimat pengurusan perniagaan khususnya dalam pembuatan sos, setelah taklimat mereka telah dijamu selera dengan produk-produk iwani bersama-sama dengan pencicah istimewa iaitu SOS CUCUR IWANI. setelah itu mereka dibawa lawatan ke kilang dan kedai. Semasa aktiviti lawatan ke kedai, mereka telah mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan produk-produk keluaran Iwani sama ada frozen atau sudah digoreng.
Pada 5 Jun yang lalu kami telah menerima kunjungan daripada kru rancangan Agrotek terbitan RTM. Mereka telah merakam aktiviti-aktiviti pemprosesan di kilang, kedai dan mewawancara salah seorang ahli lembaga pengarah Iwani. walaupun pada sebelah petang kunjungan mereka hujan turun dengan lebat, ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan rakaman bagi program ini. kami amat mengalu-alukan kedatangan mereka. JANGAN LUPA UNTUK MENONTON IWANI DI DALAM AGROTEK DI RTM!!
Jom Makan-Makan. hai semua.......dah makan???hehe...ha, jgn tak tahu pada 6 hingga 8 jun yang lalu pihak kami telah ke Tasik Titiwangsa bersama-sama dengan kementerian Pelancongan dalam promosi JOM MAKAN-MAKAN.
Bertempat di PWTC sekali lagi pada 24 & 25/05/2008 sekali lagi kami telah menemui anda di sana dalam program EKSPO PELUANG PERNIAGAAN & USAHAWAN PELABURAN. kali ini kami mengadakan promosi sama seperti pada promosi sebelum-sebelum ini. Sambutan yang kami terima pada kali ini amat menggalakkan. Lihatlah betapa ramai yang mengunjungi booth kami di PWTC pada kali ini.
Pada 20/05/2008 yang lalu. Pihak Iwani telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel untuk Program Usahawan Peruncitan di PWTC. Program ini bertujuan untuk mencari bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menyertai dan memperluaskan pasaran syarikat dan menjalinkan usahasama dengan syarikat yang hadir pada hari tersebut.
pada 17 & 18/05/2008 yang lalu. Pihak Iwani telah mengikuti promosi di Tanjung Karang Mara dalam Program Gerak Usahawan. Selain di kawasan Bandar kami juga turut turun padang di kawasan-kawasan kampung untuk mempromosikan produk-produk kami dan mencari bakal-bakal usahawan yang berminat untuk menyertai Iwani.
Cuba teka kami di mana??ha, sape-sape yang datang masa MIHAS di MATRADE pada 7 - 11 Mei 2008 yang lalu mesti de jumpa kami. Masa nie orang ramai. Tak terlayan staff-staff Iwani. Sambutan yang kami terima di sana sangat menggalakkan. Rugi sape tak datang jumpa kami di sana. Kita jumpa lagi di MIHAS tahun hadapan!!!
HI........
Pekaba semua?? Harap-harap semua sihat sejahtera. Miggu nie de citer nak kongsi dengan semua...banyak aktiviti yang Iwani join. hurm............... jom kita layannn...
Pekaba semua?? Harap-harap semua sihat sejahtera. Miggu nie de citer nak kongsi dengan semua...banyak aktiviti yang Iwani join. hurm............... jom kita layannn...
Eh pe staff Iwani buat kat situ??? Interview nak jadi DJ pulak ke??? ha....jgn salah sangka pulak...diorang sebenarnya tengah mempromosikan Iwani di radio IKIM..
Yang ini masa Taklimat Perniagaan di Iwani pada setiap hari sabtu... ramainya yang datang...nielah dia bakal-bakal usahawan yang akan bersama-sama Iwani...cuba tengok diorang tu...khusyuk diorang mendengar...nielah semangat yang kita nak!!







No comments:
Post a Comment